CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 13, 2013

Bela ayam kampung

Sorang lagi kawan bela ayam kampung diSungai Buloh ni. Berbekalkan sedikit  pengalaman si Ina ni bela sambil fidlot ayam kampung. Beri masa 2 Minggu ye, Akan Ku habiskan satu reban.

Kilang ayam

Cuma Nak cerita tentang bisness ayam. Rupa2 Nya memang sangat menguntungkan. Sebenarnya bukan banyak sangat sekor cuma dapat sehinggit Je. Tapi bila orang mintak tawar 1.00 tak de untung langsung. Keuntungan perniagaan ayam daging bergantung kepada banyak volumenya. Kat sini adapt tunjukkan pendapatan kasar sebuah Kedai ayam milik rakan. Mempunyai pekerja 4 orang, Dan sewa sebuah Kedai dua tingkat 2,400.00 sebulan. 

Wednesday, August 21, 2013

Itik Daging

Ada balance lagi sikit untuk itik daging. Siap proses jual RM 13.00 sekilo. Siap bakar dan potong.

Tuesday, August 20, 2013

Order Ayam Kampung dan Ayam Daging 21/8/13

Hari ni order ayam dengan orang yang singgah kat kedai kurang sikit. 200 ekor ayam daging ada balance lagi 3 bakul. Ayam kampung pulak habis 15 ekor sahajalah. Cuma order Gerai Nasi Kukus hari ni tak tahu Nak bagi macam mana. Ayam 1.2 Kg dah habis stok. Esok hari Khamis 22/8/13 ladang kat Penang cuti la pu Pak. Lain-lain ladang ayam kampung dia orang besar sangat.

Harga ayam kampung pulak tak turun-turun dari bulan puasa hari tu. Harga ayam daging agak ok ada turun 40 sen .
Ayam kampung betina potong kecil untuk Untie Mala.

Monday, August 19, 2013

Menjual ayam kampung

Kedai ni baru2 bulan jadi pelanggan aku. Yang specialnya dia ada jual ayam kampung goreng. Dalam satu hari boleh jugak habis 5 hingga 10 ekor ayam kampung. Kedai ni kat simpang empat Kuang, Selangor.

Sunday, August 18, 2013

Harga Ayam Daging runcit lepas Raya 2013

Harga ayam daging runcit hari ni terpaksa ikut Gomen cakap RM 7.70 sekilo. Selalunya aku tak ikut pun harga tu , aku jual lagi murah kat orang yang singgah kedai aku. Harga ayam kampung pun naik jugalah sebenarnya. Tokey ayam kat area sg buluh ni semua jual RM 13.00 sekilo untuk ayam kampung , aku punya cuma 12.00 sekilo tapi slow jugak.

Monday, April 15, 2013

Ayam Kampung sakit, harga ayam naik


Sekarang ni ayam ayam kampung ori aku dah meninggal semuanya , Selsema Burung yang ibu ayam tu ada 21 ekor anak sekali dengan anak angkat dia dalam masa 3 hari reban kira kosong. Penyakit H5N1 kot, sebab akua ada baca kat paper kat Vietnam, Hong Kong sana lagi banyak ayam mati.


Harga ayam daging kini mahal tiada ayam murah

Dari awal bulan April 2013 sampai ke hari ni harga ayam melambung. Hari-hari dengar rungutan peniaga-peniaga restoran dan orang ramai. Walaupun harga terkini runcit berharga RM 7.80 hingga ke RM 8.50 tetapi para pembeli tiada pilihan lain. Mengikut selidikan saya harga ayam melambung disebabkan beberapa kes. Contohnya Ayam Daging sebelum ini iaitu pada awal bulan April 2013, kebanyakan ladang Ayam Daging telah mengalami kerugian akibat penyakit ayam.

Bila saya order ayam daging dari ladang akan ada ayam yang mati di bakul tersebut, purata dari 10 ekor aakan mati 3 ekor daripadanya. Apa lagi saya claim la balik . Mana saya nak untung kalau ladang bagi ayam sakit.
Sebelum sembelih ayam ti nampak ok je, tapi bila dah proses merah daging nya kira tak buleh makan.
Jadi sebab tu lah ladang-ladang ayam naikkan harga supaya diorang buleh cover balik modal.